Bumi bertuah



Malaysia bumi bertuah.

Pernah sorang kawan aku interview beberapa foreigner dan PATI mengenai Malaysia dan jawapannya sangat menyedapkan hati. Mereka lihat Malaysia sebagai lautan emas.

Lubuk segala kekayaan bagi yang berusaha.

Baru ni aku balik ke tempat asal aku. di mana aku membesar dan mengenal erti hidup. Alkisahnya mengenai sepasang suami isteri Acheh yang kini aku sifatkan berjaya.

Bermula dengan hanya menghantar kuih karipap ke sebuah gerai pisang goreng milik seorang keluarga Melayu di tepi jalan, kemudiannya makcik gerai tu tutup kedai disebabkan masalah tertentu. Pasangan Acheh tadi mengambil alih gerai.

Boleh dikatakan setiap hari aku akan nampak dia melintas jalan membeli pisang menaiki moto buruk Yamaha SS.

Tak lama lepastu, aku nampak dia buka sebuah lagi gerai jual buah beberapa puluh meter dari gerai sekarang. Gerai buah tu kepunyaan seorang ibu tunggal Melayu. Entah kenapa dia tak lagi meniaga di situ.

Dan hujung minggu lepas, aku nampak suaminya datang ke Petronas mengisi minyak menaiki Toyota Avanza terpakai.


Aku mengaku cemburu.

Irihati.

Bukan sebab kejayaan yang dia miliki. Tapi kerana ini bumi bertuah. Bumi tanah tumpah darahku. tetapi kenapa suatu bangsa pendatang yang mulanya tiada apa2 kini berjaya. Boleh berjaya dan kaya.

Walhal bangsaku yang bermula dengan sesuatu tetapi berakhir dengan ketiadaan. Jual segala-galanya kepada bangsa asing. Dan hanya mampu melihat dengan rasa cemburu.

Banyak lagi kisah bagaimana kejayaan bangsa asing yang tak punya apa-apa kini kaya raya.

Entah di mana silapnya..

Malaysia bumi bertuah...tuah kepada siapa?


0 Mimpi: