Dr. Mahathir Bin Mohammad


Dalam banyak2 pemimpin dunia yang hebat, aku sangat-sangat mengagumi kebijakan Tun Dr. Mahathir.

Kepetahannya berpidato, kebijaksanaannya menjawab soalan media, kecekapannya mengurus ekonomi, kelantangannya terhadap kuasa besar dan siri kecilikannya dalam politik.

Hate him or love him, we cannot hide the fact.

Tun Dr. Mahathir - living legend.

Kalau kita berjalan sekitar KL, kita tak dapat nafikan melihat kejayaan Dr. Mahathir di sana sini. Susah untuk kita tolak untuk mengakui kehebatannya menerusi kebijaksanaannya menukar ladang sawit di Prang Besar kepada sebuah pusat pentadbiran negara yang indah dan memukau.

Pernah dalam satu ceramah oleh parti PAS yang mahu melelong Putrajaya sekiranya menguasai Parlimen dan membentuk kerajaan pada pilihanraya 1999. Hakikatnya, Putrajaya bukan milik Dr. Mahathir sebaliknya ialah kebanggaan semua.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dalam siri ceramah reformasi mengenai Mahligai Mahathir iaitu Kompleks Seri Perdana yang bernilai rm200 juta di Putrajaya. Kenyataan ini menguatkan penghinaan terhadap Dr. Mahathir yang digelar zalim dan mahafiraun ketika itu.

Kini, ia bukan saja pernah didiami oleh Dr. Mahathir, tetapi oleh Perdana Menteri berikutnya dan sekarang.

Aku bukan nak sentuh soal politik. Tetapi bercakap soal fakta dan realiti.

Sekali kita membenci seseorang, segala yang baik mengenainya juga akan kita pejamkan mata. Itu tidak adil.

Dr. Mahathir digeruni lawan dan kawan. Lihat saja bagaimana beliau lantang mengkritik Yahudi dan Zionist dlm ucap utama sidang OIC pada 2003.

Bertahun-tahun isu bertindih antara Malaysia-Singapura yang tertangguh tidak diselesaikan berikutan ketegasan beliau untuk tidak tunduk dengan tekanan negara jiran.

Setiap tahun akan diadakan Langkawi International Dialogue bersama negara-negara miskin Afrika dengan tujuan untuk membantu negara tersebut.

Beliau pernah berkata, apalah gunanya sahabat baik yang jauh tetapi dikelilingi jiran-jiran yang bermusuhan. Dan beliau juga percaya ketidak tentuan politik dunia berpunca dari ketidak seimbangan kek ekonomi dunia.Oleh itu, negara miskin seperti Afrika perlu dibantu.

Pujian menggunung terhadap beliau bukanlah bermakna takde langsung kesilapan yang beliau buat sepanjang bergelar PM.


Aku tak harap beliau kembali untuk jadi PM tetapi berharap pemimpin muda belajar sesuatu darinya. Pemimpin perlu bijak, berani dan rasional.

Aku kecewa dengan kepimpinan PM Najib. Terlalu kecewa. Mungkin disebabkan pengampu beliau yang terlalu banyak membuatkannya leka dan menganggap rakyat suka dan gembira dengan siri transformasi yang dilakukan.

Manalah orang peduli dan faham pasal modal insan, GDP, NKRA, transformasi dan lain-lain terma yang memualkan.

Setiap tahun diumumkan ekonomi berkembang beberapa peratus tetapi hakikatnya rakyat dipaksa terima kenaikan harga barang yang tak terkawal.

Tolong pecat dan rombak menteri kabinet yang taktahu bekerja. Jangan simpan orang lama yang hanya tahu memberi jawapan bodoh tanpa turun padang melihat kesusahan rakyat sebaliknya heboh dengan majlis sosial, perlawanan golf, perasmian dan lawatan luar negara yang membazir.


Oh, sepatutnya aku tulis mengenai Dr. Mahathir..
Mungkin tak terbanding pengalaman memerintah selama 22 tahun berbanding 4-5 tahun oleh PM sekarang. Namun, jika tiadanya perubahan pada pemerintahan, adalah lebih baik hang tinggalkan jawatan tu.

Jawatan PM bukan untuk disandang sampai mati. Tetapi sila turun sekiranya tak lagi disukai.

Bak kata Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas pulang dari percutiannya tak lama sebelum bersara,

"Mak saya kata, kalau tengah sedap makan kita berhenti.."

Jangan sampai dihalau dan diusir.


Sorry YAB Datuk Seri Najib, saya sudah hilang keyakinan terhadap Datuk Seri dan kepimpinan kabinet.

Kepada YBhg. Tun Dr. Mahathir, semoga Tun diberikan hidayah, ketenangan dan kesihatan terbaik oleh Allah untuk terus membantu Malaysia sehingga akhir hayat. Ameen.















0 Mimpi: