Kapsul Masa

Assalamualaikm

Dah lama tak menulis.

Syukur Alhmadulillah. Banyak yang nak dikongsi. Terlalu banyak.

Tunggu lapang sikit. Cuma untuk hari ni, aku nak share satu perkara..


Aku terbaca satu artikel di sebuah akhbar tempatan. Artikel mengenai pengalaman keterujaan seorang gadis yang menghadiri sebuah majlis meraikan 40 Jutawan dibawah usia 40 Tahun.

Bersepah sekarang anak muda yang kaya raya pada usia bawah 40 tahun. bawah 30 tahun pun ramai. yang membezakan mereka dengan yang tidak berjaya ialah kerajinan, semangat dan usaha. Ramai org kita masih mengeluh dan salahkan kerajaan asbab kemiskinan dan kemunduran diri. Tapi, golongan 40 ini rancak mengatur langkah mengumpul kekayaan dan kejayaan. Mereka jauh ke hadapan.

Mungkin 10 tahun lagi, nama mereka akan terisi dalam Forbes 100 orang terkaya Malaysia. Dan kita? masih terus mengais dan menuding jari.

Aku risaukan nasib bangsaku.

Dan mentaliti ini masih gagal diubah dan berubah.

Aku cukup ralat bila ditipu oleh manusia sebangsa. Tapi aku tahu, membantu anak bangsa tetap jalan yang sama untuk berjaya. Bangsa lain berjaya begitu. Formula nya sama, campurannya terpulang kepada kita.

Pemimpin kita masih gilakan kuasa. mabuk dunia. Dan yang bawahan masih ditindas dan tertipu. yang kaya mengumpul harta dari jalan pintu belakang. Dan ada pula tu ditipu dalam perniagaan bertingkat semata-mata rakus ingin kaya tanpa berusaha keras. cari orang, tipu orang, settle!

Aku tak mahu berharap dan tak mahu juga berhenti berharap. Tapi aku akan terus membantu bangsaku berjaya. sama-sama kita berjaya dengan cara kita sendiri! inshaAllah






Allah tu terlalu agung baiknya. Jadi nikmat manakah yang kita hendak dustakan?
 Jom sama2 berfikir.

0 Mimpi: