Leftenan Muda Maritim Gred XA13



Update: Disclaimer


Kini Jawatan Leftenan Maritim X17 bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda digantikan dengan jawatan Leftenan Muda Maritim Gred XA13. Gred baru yang diluluskan SPA.

 Jawatan Leftenan Maritim X17 kini dikenali sebagai Leftenan Maritim XA16 dan bukan lagi perjawatan yang terbuka. Ianya kenaikan pangkat secara dalaman.


***************

Leftenan Muda Maritim XA16 ini adalah jawatan dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM @ Maritim Malaysia). APMM diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri semasa aman dan dibawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa perang/darurat.


Frequently Asked Questions (FAQs)

  • Macam mana nak apply?
Takda cara lain. Isi borang di laman web www.spa.gov.my
  • Kelayakan minima?
Pemegang ijazah sarjana muda dalam apa-apa bidang.

  • Berapa lama baru dipanggil temuduga?
Bergantung kepada terma dan perubahan polisi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Paling awal 3 bulan

  •  Kalau dapat berapa lama training?
Sepengetahuan aku 13 bulan. Latihan di pusat latihan APMM di Gebeng, Kuantan dan on job training atas kapal. Bergantung dan tertakluk pada perubahan polisi APMM.


  • Apa kandungan ujian temuduga fizikal (PT)?

Pemeriksaan badan
  • Ketinggian
  • Body Mass Index @ BMI lingkungan 19-29
  • Ukuran dada (biasa dan tarik nafas) - calon wanita dikecualikan

Pemeriksaan pancaindera

  • Jarak penglihatan (Visual Acuity tanpa kanta lekap dan cermin mata)
  • Pengecaman warna 

Pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan 
  • Larian 2.4km dalam masa 12 Minit (Lelaki); 15 Minit (Wanita)
  • Lain-lain anggota dan jari kaki, tangan dalam keadaan baik 
  • Berkawad 

Pemeriksaan kecergasan
  • Bangun Tubi dalam masa 2 Minit; 30 Kali (Lelaki); 28 Kali (Wanita)
  • Lari Ulang Alik Sejauh 10 Meter dalam masa 10 Saat (Lelaki); 12 Saat (Wanita)
  • Lompat Jauh Berdiri sejauh 215cm (Lelaki); 162cm (Wanita)

 Lain-lain
  • Bertindak mengikut arahan pegawai pemeriksa (wakil APMM)
  • Kadang pegawai pemeriksa akan bagi macam-macam arahan. Jadinya kena bersedia. Kalau boleh jangan putus asa. Tunjuk yang kita bersemangat dan betul-betul nak masuk perkhidmatan. Dorang pun manusia jugak. Jadi jangan risau sangat.

Satu perkara yang PALING PENTING ialah ujian pancaindera dan BMI. Kalau tak lepas ujian pancaindera memang tak boleh nak bagi chance langsung. sebabnya ini memang wajib bagi setiap organisasi beruniform macam APMM. Siapa yang ada masalah rabun tu atau dah memang pakai spek boleh je cuba tapi bersedia awal-awal dengan berita kurang baik nanti.

Tentang BMI plak, yang ni kalau sape2 berbadan gempal tu tapi ketinggian dia ok kena cek BMI normal atau tak. Kalau tak normal, bersedialah untuk bersenam dan kuruskan badan dengan gigih sebelum pergi ujian. Rugi wo kalau kena reject sebab BMI. 

Sape2 yang pernah patah atau retak tulang tu agak tinggi juga risiko untuk tak dapat. Sebabnya pegawai pemeriksa akan cek segala parut kat badan kita. Parut chicken pox dan parut kudis buta tak beri effect. Tapi malu la jugak kalau ada sebab separuh bogel dan ada akak-akak yang jeling tengok kita kat bilik pemeriksaan tu. Ingatkan nak jadi model takpun pramugara je kena badan lawa tkde parut2, nak jadi Leftenan pun sama..hahaha

Dan pengalaman aku, ukuran dada pun penting. Ada calon yang tak lepas sebab ukuran dada. Benda ni sebenarnya boleh ejas. Rajin2 la buat push up. 10 kali sehari pun ok sebelum ujian. kasi kembang sikit. Kalau terasa kurus, makan banyak sikit.

Yang lain-lain tu inshaAllah ok kalau boleh lepas yang wajib2 kat atas tu. Pasal larian semua tu, rajin-rajinkan diri jogging dan buat persediaan sikit. Semua atas diri sendiri. Nak atau tanak tu terpulang. Tunjukkan kesungguhan kalau betul-betul minat. Selebihnya urusan Dia.



Pengalaman aku.

Aku ni lagi la...
takde kawan-kawan yang pernah temuduga fizikal. Sebelum pegi aku google dan cari group APMM kat facebook.Tak banyak info pasal Leftenan Muda Maritim X1A16 ni. Aku tanya pandangan orang-orang lama yang ada dalam group facebook. Membantu jugak tapi bergantung kepada ketahanan fizikal kita. Nama pun ujian fizikal, kena bekerja keras sikit buat latihan. kalau temuduga lisan mgkin kita boleh baca apa-apa tapi ni FIZIKAL. Nak atau tanak kena workout yakni latihan ketahanan badan. Ala...joging pun takpe. Kalau mampu, masukla gym..haha

Masa sebelum aku temuduga fizikal dulu, aku survey tempat dengan sorang kawan. Senang je ikutkan. Tapi Putrajaya ni kalau dah terlajak nak patah balik memang bercinta la. Datang berpakaian sukan dan kasut. Jangan pakai tie dan long sleeve. FIZIKAL test la wooiiiii!!

Pegawai pemeriksa tu plak baik-baik. Aku ada gak kena tengking manja sebab salah dengar arahan. Tapi semua tu bukan sebab benci. Aku tak kisah sangat pun. Bagi aku, disiplin tu penting. Bukanya dorang maki hamun bukan-bukan. Gurau kasar je walaupun terasa agak lahabau...hahaha

Jangan pikir sangat orang lain. Maksudnya jangan down kalau ade kawan kita tak lepas ke apa. sebabnya benda ni bergantung pada rezeki. Mungkin bukan rezeki dia kat situ. Kita buat apa yang kita mampu dan sehabis baik. Kita tak boleh bantu kawan-kawan kita. Masa aku dulu, yang datang test (hari yang sama) dalam 47 orang. tapi yang lulus cuma 14. Menurut pegawai pemeriksa, seluruh Malaysia ada 447 calon yang layak untuk PT. Persaingan sengit dan sekali lagi, bergantung pada rezeki.

Kalau korang lepas fizikal test (PT), akan ada buffet makanan laut exam personaliti pastu. Soalan dia berbelit-belit dan boleh buatkan rasa nak terkencing macam aku dan muntah darah. Beratus-ratus soalan. siap kena kira-kira bagai. dah la berpanas dan letih berlari pagi tu. Tapi jangan risau sangat, tembak je. objektif. Dan exam ni tak effect keputusan PT kita.Cuma jawapan kita tu jadi rumusan pada panel yang akan uji kita dalam next stage nanti. Dorang boleh tahu kita ni ambitious ke tak, tegas, pembohong, rajin, ada ciri kepimpinan, boleh berdikari dan lain-lain. Bunyi macam senang kan? Tapi sure korang muntah punyelah masa nak jawap...hahaha


Temuduga Lisan (TL)

Alhamdulillah kalau korang berjaya PT, maka bersedialah untuk temuduga lisan. Kalau PT tadi diuji wakil APMM, temuduga kali ni diuji oleh dua (atau tiga) orang panel bergantung pada SPA. Salah sorangnya wakil SPA dan APMM.

Untuk TL, lupakan pasal ukuran dada korang atau mata rabun sepet korang yang cam cina bukit tu sebab tak penting dah. Banyakkan buka laman web APMM. Baca pasal pangkat-pangkat, nama orang penting agensi, fungsi, misi dan lain-lain. PALING PENTING kena tahu pasal skop APMM dan Akta-akta yang mana dibawah bidang kuasa APMM. Wajib tahu. Tapi jangan risau, dorang tahu kita bukan student law (melainkan memang korang budak law). Asal tahu basic akta macam Akta Perikanan, Akta Anti Pemerdagangan Manusia, Akta Kastam, Akta APMM dan lain-lain serta bidang kuasa APMM. Tu je..

Masa masuk tu, ketuk dulu pintu. bagi salam dan tunggu sehingga diarahkan duduk. ni standard la. mana-mana temuduga pun sama. Berdiri tegak dan duduk jawab dengan yakin. senyum serta banyakkan cakap "Ya Tuan" kalau panel tanya persetujuan kita.

Aku rasa tu je kot. InshaAllah korang boleh. Semua ni bergantung pada nawaitu. Kalau niat kita sebab nak tolong keluarga, berbakti pada agama, tanahair dan bangsa, Allah akan permudahkan. Kalau niat sebab nak glamor atau pangkat dan gaji besar baik betulkan balik niat tu. Sebenarnya pada aku, yang penting ialah niat dan minat. Kena seiring. Kita nak berkhidmat lama (kalau diterima) jadinya kenalah ada minat. Kerja tapi takda minat ni susah sikit.

InshaAllah
Pesanan aku, semoga berjaya kepada semua. Aku buat entry ni bertujuan nak membantu semua yang betul-betul berminat nak masuk perkhidmatan tapi sumber dan maklumat terhad.

Mana-mana kerja pun sama. Ada cabaran dan risiko. Ingat yang kerja ni ibadah dan niatkan kerana Allah. Berjuang kerana berjihad kepada Allah bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta. Kalau ditakdirkan mati semasa bertugas, inshaAllah syahid!

Kalau dah rejeki, tak ke mana punya. Banyakkan doa dan usaha apa yang patut. Selebihnya tawakkal kepada Allah.

Bagi yang tak dapat sebab isu teknikal macam BMI tak lepas dan dada tak cukup kembang. Jangan risau, usaha apa yang patut pastu mintak lagi dan lagi.

Yang tak lepas sebab ketinggian, mata rabun @ buta warna atau lain-lain, jangan bersedih. Mungkin bukan rezeki kat situ. Bumi Allah ni luas. Cuba bidang lain ok?

93 Mimpi:

Misha Maisara July 18, 2012 at 4:06 AM  

tpi aku nk tnya sedikit la pasal moral interview tu mcm mna..aku dah baca alhamdulillah smuanya ok cuma xthu nk prepare mcm mne pasal moral tu nnti..so tlg tnjuk2 mna2 yg thu..tq as'salam

Unknown January 14, 2013 at 6:28 PM  

Alhamdullilah,

Penerangan yang sangat jelas, Moga Allah S.W.T mengurniakan pahala kepada niat baik saudara yang tidak kedekut ilmu.

praba January 24, 2013 at 2:52 AM  

Yang bangun tubi 2 cm na bro.mcm sy klo da sape pegang kaki saya saya ble wat sampai 50.tpu klo xda berat kat kaki nak wat 10 pn susah

Ahmad Mimpi April 24, 2013 at 8:52 AM  

praba

yg bangun tubi tu sit up la. nanti dorang akan suruh buddy pegang kaki.

aku lama tak buka blog. dh lepas dah rasanya fizikal test utk leftenan 2013.

kalo ade kawan, share la info ni. nk tanya apa2 pn boleh k

Unknown April 25, 2013 at 6:20 PM  

Dah lepas PT bulan 2 ritu..skng tgh tggu next interview..lpas plihan raye kot.

praba June 1, 2013 at 6:24 AM  
This comment has been removed by the author.
praba August 31, 2013 at 3:44 AM  

Sy da lulus interview.nnti training mcm mna.mber ckp ada exam undg2 n klo x luls ble kna reject dri mrtim.

Ahmad Mimpi September 3, 2013 at 9:10 PM  

tunggu surat untuk ikut latihan 9 bulan kat pusat latihan dan 4 bulan kat kapal.

nama pun latihan, jadi tentulah mencabar. mencabar macam mana? jangan risau sangat bro. sediakan mental dan fizikal je k.

amtokai7 November 3, 2013 at 6:06 PM  

sape2 kat sini yg tggu surat pnggilan lapor diri utk leftenan maritim x17? aku dpt jugak.. tpi masih tggu surat..

amtokai7 November 3, 2013 at 6:08 PM  

sape2 kat sini tggu surat lapor diri leftenan maritim x17? aku bjaya interview.. tpi surat masih belum dpt..

dayangredzuan November 3, 2013 at 8:14 PM  

salam..
sy diploma holder tp sy ditawarkan laskar kelas II maritim gred x1 on 13 Nov 2013.
should i go?
i really need ur opinion..
sbb sy rase macam kena mula dari bawah..
now im working as a jr technician quality control at MSM service centre.. MRO MTU engine and genset.

Ahmad Mimpi November 5, 2013 at 11:32 PM  

Kepada smua yg dah berjaya, sabarla tggu surat. sebab dengan perubahan gred dll, mmg banyak yang pihak jpa kena adjust, jd kemasukan korg akan jadi lambat.

sy dulu pn setahun lebih jugak tggu. jangan risau, lambat sikit je. inshaAllah dah tak lama


kepada dayang

LK II maritim jawatan utk spm. kalau berminat, boleh saja try. tapi kena bermula dari bawah. kena sabar sikitla baru boleh naik ke leftenan muda. tu pn kalau kenaikan pangkat secara lantihan (kpsl) buka.

sy tak berani nak jamin, tapi skrg ni banyak sangat isu perubahan gred maritim. kemungkinan besar jawatan leftenan maritim hanya kenaikan dalaman je lepasni. degree masuk melalui leftenan muda. diploma akan masuk bintara muda. itu dgr2 dari pejabat jpa la. keputusan rasmi tkde lg.


buatla keputusan dgn bijak k

dayangredzuan November 6, 2013 at 5:06 PM  

tq for your feedback..
btw "kenaikan dalaman" is that goodnews or bad? tak berapa faham.

Unknown August 19, 2014 at 8:26 AM  

Salam saudara , saya adalah pelajar IPTA mengambil ijazah sarjana muda kejuruteraan .. jadi apekah langkah saya seterusnya bile sudah habis menamatkan pengajian ?? Dan APMM ni selalunye berapa ramai sekali pengambilan? Harap dapat membantu ...

Unknown August 19, 2014 at 8:31 AM  

Salam saudara , saya adalah pelajar ipta yang sedang mengambil ijazah sarjana muda kejuruteraan , jadi apakah langkah seterusnya jika ingin memasuki APMM ?? Dan juga APMM ini mengambil berapa org sekali pengambilan , adakah berdasarkan kekosongan jawatan ?? Harap dapat membantu ..

Ahmad Mimpi November 25, 2014 at 7:16 PM  

To dayangredzuan

Mengenai kenaikan dalaman tu, untungnya pada orng dalam perjawatan tu sendiri.


To sulaiman salim

kalau bro tgh belajar lagi, relaks dlu. habiskan belajar. dapatkan 1st class degree dlu. mana tahu rezeki kat tempat lain

tapi kalo betul minat dengan laut dan maritim, boleh apply je jawatan ni. ramai jugak yg ada latarbelakang engineering yang join.

Edi February 9, 2015 at 6:39 AM  
This comment has been removed by the author.
Edi February 9, 2015 at 6:40 AM  
This comment has been removed by the author.
Edi February 9, 2015 at 6:41 AM  
This comment has been removed by the author.
Edi February 9, 2015 at 6:42 AM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous April 20, 2015 at 8:22 AM  

Salaam. BMI required 19-26 ke 19-29.9? tengok kat website dia 19-26. Tapi ade orang bagitau 19-29.9.

umt April 22, 2015 at 9:34 AM  

salam.. saya apply jawatan nie pada tahun lepas, selepas blajar, tapi saya sangkut satu subjek dan dijangka tamat pengajian pada bulan 6 ni. saya dapat temuduga fizikal pada 27 feb ni. bolehkah saya pergi..?

Anonymous April 23, 2015 at 3:49 AM  

Salam.
If untuk perempuan ade kne prepare pape lg x?

Unknown June 23, 2015 at 1:05 PM  

Assalam abg senior.. mcm sy diploma kaunseling.. boleh mintak tak.. ke dia pilih jgk diploma lain.. xdapat leftenan dapat BK pun Alhamdulillah.. ke dia pakai spm je..

Unknown June 23, 2015 at 1:05 PM  

Assalam abg senior.. mcm sy diploma kaunseling.. boleh mintak tak.. ke dia pilih jgk diploma lain.. xdapat leftenan dapat BK pun Alhamdulillah.. ke dia pakai spm je..

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar January 11, 2016 at 3:52 AM  

Abang Edy Arjuna thorbaek.. salute kpd tuan di atas info yg diberikan.

Mencari Ketenangan January 11, 2016 at 3:57 AM  

Sya pon nk tau gak psal mritim ni..

Edi January 11, 2016 at 7:33 PM  
This comment has been removed by the author.
Edi January 11, 2016 at 7:34 PM  
This comment has been removed by the author.
Edi January 11, 2016 at 7:36 PM  
This comment has been removed by the author.
Edi January 11, 2016 at 7:37 PM  
This comment has been removed by the author.
Edi January 11, 2016 at 7:41 PM  
This comment has been removed by the author.
Edi January 11, 2016 at 7:41 PM  
This comment has been removed by the author.
Unknown January 11, 2016 at 10:01 PM  

mcm sy yg dh umo 38 boleh join tk maritim ni??

Unknown January 11, 2016 at 10:02 PM  

mcm sy yg dh umo 38 boleh join tk maritim ni??

husaimi January 11, 2016 at 10:28 PM  

tak lulus, kena repeat boss...sampailah kome lulus

Unknown August 10, 2016 at 7:33 PM  

assalam abg senior nak tanya klu ujian fizikal tu meliputi semua kaki tangan klu tiada yg pernah patah tapi jari bengkok dari kecil dapat masuk maritim tak?

Anonymous September 10, 2016 at 4:24 PM  

Salam encik, ujian cek tubuh badan tu, adakah kena bogel ye, cam cek alat sulit macam askar tu ade ke ?

Unknown October 11, 2016 at 9:22 AM  

Salam, Skop kerja leftenan muda maritim degree holder ni apa je eh?

Hisyam puki November 25, 2016 at 2:46 AM  

Mcm mana nak kurangkan BMI? Sy dpt ujian fizikal lagi 10 hari, sempat bt stamina je, BMI mmg xlepas.

Hisyam puki November 25, 2016 at 2:50 AM  

Mcm2 kerja dlm APMM tu.Gaji ikot degree jenis apa, kalau ada degree accounting(ACCA)/(HONS) dari recognized university dari JPA dapat gaji paling tinggi, 2nd degree perundangan kedua tertinggi, 3rd degree marine/maritime. Last sekali barulah lain2 degree.

Anonymous November 25, 2016 at 4:03 AM  

kalau saya yg rabun ni, pakai cermin mata, tapi nak hadir juga pemeriksaaan fizikal.....walaupun saya tahu kesudahan nya macamana,kecualilah dengan izin Allah rezeki saya lepas pemeriksaan fizikal, atau tak pyh hadir langsung?...ada kesan buruk ke kalau saya tak hadiri ujian ini, terhadap SPA saya...sbb sebelum ini saya pernah dpt pegawai penjara, tapi tak lepas jgk..utk pemeriksaan mata..=(....

$0mE0nE :) November 25, 2016 at 5:21 AM  

Yeah,,sy pon dpt jgak,,ujian on dis 7,2016,@penang....let's go guys,,I also need to adjust my BMI a little bit..I got fatter since working..
Tips on getting smaller in 10 days,,
1.Do the 2.4km in 14m daily(Klau ad free,,make it twice daily,,early morning 'after subuh' and evening 'after work')
2.sleep early,,pling lewat,,2330..sbb Nk our body need enuff rest n to wake up early tomorrow (nk jog)
3.avoid eat oily n spicy food..
4.avoid eat late 4 dinner..(cntik dinner b4 1930,,Tp jgn mkn brat sgt)
5.do push ups n sit ups daily,,elok nye bgun pagi,trus buat..
6.lupa lak,,cycling elok jgak Nk bkar lemak..

Jom guys,,sama2 usaha..
See u @penang(utk yg Ujian di penang lah :p )
Good luck!

Anonymous November 25, 2016 at 6:41 PM  

Selalu intake untuk perempuan ramai ke?

Hisyam puki November 26, 2016 at 1:50 PM  

Aku mmg fit sbb main rugby, badan besar, berat 98kg tinggi 175cm. Aku dh test sendiri ujian fizikal tu semua lepas. Cuma aku takut BMI xlepas. Mcm mana? Should proceed ke dgn ujian kecergasan tu nanti or lupakan sahaja.?

Anonymous November 26, 2016 at 8:43 PM  

Nak tanya, ada ujian darah dan air kencing tak ?

Anonymous November 28, 2016 at 1:07 PM  

Pngalaman sy bmi mmg fit... die ade arrange die n lbih ketat dr yg biase..

Anonymous November 28, 2016 at 1:09 PM  

Xde pn.. ujian kawad,lari,tekan tubi,lari 2.4km mmg wajib

Anonymous December 4, 2016 at 8:29 PM  

Salam, bru je lepas ujian fizikal lft muda maritim, tp tak lepas sbb yg xdisangka2.. ukuran dada tak lepas, padahal sblm ni suksis smua lepas.. just nak.tanya agaknya effect tak rekod ni untuk next intake sama ada dlm maritim atau jabatan lain.. ada peluang lagi ke? Sedih jugak sbb sikit lg nak lepas.. tak sangka betul..

Ahmad Nordin December 5, 2016 at 3:09 PM  

Tekan tubi ke bangun tubi yg diuji?..dlm emel bangun tubi...

Botak December 6, 2016 at 1:59 AM  

saya pn ujian 7hb dipenang...tp nk tnya BMI yg disyaratkn 19~26...tp klu BMI sy 26.7 ble lg ka? haha mmg xble trun da dlm masa yg singkat ni

Botak December 6, 2016 at 2:02 AM  

saya pn ujian 7hb dipenang...tp nk tnya BMI yg disyaratkn 19~26...tp klu BMI sy 26.7 ble lg ka? haha mmg xble trun da dlm masa yg singkat ni

Anonymous December 6, 2016 at 9:56 AM  

Dah pegi, bmi 18.6 pun take dapat

Anonymous December 6, 2016 at 10:00 AM  

Maksudnya kalau bmi kalau bmi lari sikit pun tak lepas ke?

Unknown December 6, 2016 at 8:35 PM  

Aku dah lepas dah fizikal kelmarin dekat penang. Tengah menunggu temuduga. Aippp aippp cip.. Haha

Unknown December 6, 2016 at 8:37 PM  

Memang ikot dalam syarat lebih satu pon x boleh.. Tapi kalau dah lepas bmi dan ujian mata.. Insyallah yg lain tu mesty boleh

Unknown December 6, 2016 at 8:37 PM  

Memang ikot dalam syarat lebih satu pon x boleh.. Tapi kalau dah lepas bmi dan ujian mata.. Insyallah yg lain tu mesty boleh

Unknown December 6, 2016 at 8:37 PM  

Aku dah lepas dah fizikal kelmarin dekat penang. Tengah menunggu temuduga. Aippp aippp cip.. Haha

Unknown December 8, 2016 at 4:59 PM  

Tengah menunggu ni.. X tahu lah bila.. Apa2 kena ready dari segi pembacaan mengenai apmm

Unknown December 8, 2016 at 4:59 PM  

Tengah menunggu ni.. X tahu lah bila.. Apa2 kena ready dari segi pembacaan mengenai apmm

Unknown December 9, 2016 at 8:00 AM  

Salam. Sy calon dr johor. Berjaya melepasi lt muda utk ujian fizikal. Any perkongsian dr kamu semua? Terfikir2 bila la pglan SPA. Takot.

Unknown December 9, 2016 at 8:02 AM  

Salam. Sy calon dr johor. Berjaya melepasi lt muda utk ujian fizikal. Any perkongsian dr kamu semua? Terfikir2 bila la pglan SPA. Takot.

Ahmad Nordin December 13, 2016 at 6:40 AM  

Jumlah Kekosongan utk jawatan bintara muda brp org?..ad terbaca 23 kekosongan je..spe2 ad info sahih?..pengambilan sblm ni brp org?

Ahmad Nordin December 13, 2016 at 6:40 AM  

http://mehkerja.blogspot.my/2016/09/jawatan-kosong-di-agensi-penguatkuasaan.html?m=1

Unknown January 1, 2017 at 12:44 AM  

Mmg lambat ye panggilan maritim ni? Intake die cm mane ye.. bulan 1 ni atau bile ye.. dpt surat 1st je.

Unknown January 1, 2017 at 12:44 AM  

Mmg lambat ye panggilan maritim ni? Intake die cm mane ye.. bulan 1 ni atau bile ye.. dpt surat 1st je.

liyana January 24, 2017 at 6:28 AM  

soalan penting bagi yg dah lama sgt tunggu interview spa ni..... umur berapa paling maksimum layak join bidang tentera ni? tak kisah la darat ke laut ke udara. aku nak tau yg tu je.... maksimum umur berapa? minima umur 18-21 tahun....

Unknown February 2, 2017 at 2:32 AM  

8 feb ni kan semua??? Hope boleh share

Unknown February 2, 2017 at 4:02 PM  

8 feb ni kan semua??? Hope boleh share

Anonymous February 23, 2017 at 7:16 AM  

KENAPA SKRG DI SPA XDE EA TOK MOHON LEFTENAN MUDA NI..MOHON PENCERAHAN

Unknown guy March 29, 2017 at 4:06 AM  

Peluang untuk calon simpanan macamana yeah...? Lama ke nak tunggu panggilan

Unknown April 14, 2017 at 2:40 PM  

Lama atau tak bergantung pada calon lantikan tetap, kalau ada yang reject. Saya pun calon simpanan, no 12 dari 60 orang calon. Kalau tak silap, kalau ada orang yang reject, pihak pengambilan akan call calon simpanan ikut giliran ni. Alhamdulillah, saya dah dapat panggilan tu untuk pertukaran dari calon simpanan ke lantikan tetap. Standby je

Unknown April 14, 2017 at 2:41 PM  

Lama atau tak bergantung pada calon lantikan tetap, kalau ada yang reject. Saya pun calon simpanan, no 12 dari 60 orang calon. Kalau tak silap, kalau ada orang yang reject, pihak pengambilan akan call calon simpanan ikut giliran ni. Alhamdulillah, saya dah dapat panggilan tu untuk pertukaran dari calon simpanan ke lantikan tetap. Standby je

Unknown April 15, 2017 at 9:45 AM  

Alhamdulillah..saya pon asal calon simpanan tp dah bertukar ke lantikan tetap..jumpa sana shafiq hafizi

$0mE0nE :) April 19, 2017 at 7:14 PM  

Yeahhh...aku pon calon smpanan convert tetap jgakk...see u there guys....
Tp nk tya sket,,dlm sthun ad brapa pngambilan ye?

Anonymous April 19, 2017 at 8:03 PM  

salam aku pon calon simpanan,tpi xda rezeki lagi sbb giliran simpanan jauh kot.no 59 dari 60.so tunggu je la..kalau ada pengambilan lagi tu ada la kan.

Lengzai bear December 21, 2018 at 12:05 AM  

Thanks for sharing. Saya pun dah apply, harap2 boleh dapat la, nak berkhidmat utk negara!!hahaha

millwall April 15, 2019 at 4:17 AM  
This comment has been removed by the author.
millwall April 15, 2019 at 4:42 AM  

nak tnya satu je.... kene pandai berenang tak?

aniep July 2, 2019 at 2:26 AM  

nak tanya...bila dan bulan berapa selAlunya leftenan muda ni buka tawaran

Linda Lee October 16, 2019 at 12:32 AM  

selarang tgh buka. tutup 31 Disember 2019.

Unknown March 11, 2020 at 5:00 AM  

abang klau ade besi kat kaki n then dah kluar besi bole le ke masuk. kecacatan termasuk yang ni ke abng

Unknown March 11, 2020 at 5:02 AM  

abang kaki tangn saye ade besi bole ke masuk. kecacatan fizikal termasuk ini ke

Anonymous July 13, 2020 at 2:05 AM  

Hi sir mahu tanya umur berapa masih dapat join 27-28 masih dapat ?

Yana Shafie December 2, 2020 at 7:59 AM  

Saya menanti nantikan kekosongan untuk Leftenan Muda Maritim. Moga ada rezeki Aamiin